Sesi Perkongsian Ilmu - Siri 1 @ PTAR UCS, Kampus Puncak Alam
Tarikh : 25 Ogos 2017
Masa : 9.30pagi hingga 11.30pagi

Penceramah : Pn Nurul Diana Jasni ( Pustakawan Kanan)

Topik: Sumber Maklumat Perpustakaan & Lawatan Penandaaran Medical Library Group ( MLG) di Penang



International Conference on Libraries 2017 (ICOL 2017) 
Oleh: Nurul Diana Jasni 
Pustakawan Kanan PTAR, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam 
Simbolik Majlis Perasmian oleh Naib Canselor USM
P. PINANG, 3 Ogos 2017 – Bertempat di Hotel Vistana, P.Pinang, pada 2-3 Ogos 2017, Perpustakaan USM telah berjaya menganjurkan International Conference on Libraries 2017 (ICOL 2017) buat kali ke-6 bertemakan ‘Towards Lean Libraries’. 

Seramai 120 orang peserta telah menyertai persidangan ini dimana sebanyak 18 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang dua hari persidangan ini berlangsung. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM iaitu Professor Datuk Dr. Asma Ismail. Turut menyertai persidangan ini ialah En. Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan UiTM. 

Mewakili Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor sebanyak 2 buah kertas kerja berkaitan bidang kepustakawanan telah dibentangkan iaitu :

1. Puan Nurul Diana Jasni, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Selangor –
‘Comparative Analysis of Reference Desk Services: The Current Trends in a Digital Age’
2. Dr. Khasiah Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Selangor –
‘Dancing to the tune of Fourth Paradigm’
Sesi bergambar selepas selesai Majlis Perasmian

Sebanyak 16 booth yang disertai oleh pelbagai pihak penerbit & pembekal (ejurnal, pangkalan data, ebook & dan lain2) 
Sesi bergambar bersama rakan-rakan dari USM, UPM, UNIMAP & Singapura
Pn. Nurul Diana Jasni & Dr Khasiah Zakaria sepanjang seminar berlangsung
Sesi soal-jawab diajukan oleh Dr Khasiah Zakaria kepada pembentang kertas kerja
Pn. Nurul Diana Jasni & Ketua Pustakawan En Noor Hidayat Adnan
Sesi Forum: Lean Libraries oleh 3 orang Panel: Dr Khasiah Zakaria (UiTM UCS),
En. Ghazali Mohamed Fadzil & Assoc Prof Shankar Chelliah (USM)
 Maklumat lanjut & gambar-gambar sepanjang persidangan ini :
1. Facebook : ICOL 2017
Pada 10 Ogos 2017, PTAR telah menerima lawatan daripada Perpustakaan Dr. Abdul Latiff UKM. Seramai 16 orang pegawai dan kakitangan terlibat dalam lawatan tersebut. Objektif lawatan adalah untuk melihat perkhidmatan yang disediakan disamping melihat aktiviti-aktiviti yang terkini serta mempelajari sesuatu yang baru.