ABOUT US


SEJARAH

Perpustakaan Tun Abduk Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam telah memulakan perkhidmatannya pada 27 Julai 2009 di Tingkat 5, Bangunan Plaza Satelit B (PSB). Menerusi pembangunan Fasa 2, Perpustakaan Kampus Puncak Alam telah berpindah ke bangunan baharu dan beroperasi sepenuhnya pada Mei 2014.

Bangunan baharu ini mempunyai empat aras yang mampu menampung 1,300 tempat duduk dalam satu masa. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan diharap dapat memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu di kalangan warga UiTM. 

VISI

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamis bumiputra dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISI 

Pemangkin kepada warga UiTM yang berilmu melalui pengaksesan maklumat yang komprehensif, relevan dan terkini serta kemudahan yang berkualiti bagi tujuan memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

OBJEKTIF 
  1. Memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan UiTM sebagai pusat kecemerlangan maklumat yang sentiasa kekal relevan, dirujuk dan dihormati. 
  2. Memperlbagai sumber ilmu yang komprehensif, terkini dan relevan meliputi pelbagai format yang dapat diakses secara fizikal dan maya. 
  3. Menyediakan kemudahan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. 
  4. Menambah baik kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi terkini yang berfokuskan kepada keperluan pelanggan 
  5. Memperkasa modal insan melalui budaya PERDANA dalam kalangan warga PUiTM. 
  6. Meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan organisasi luar dalam kegiatan jaringan industri.