PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SELANGOR 
KAMPUS PUNCAK ALAM 

IKLAN KEKOSONGAN PERKHIDMATAN SKIM KHIDMAT PELAJAR 

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM Puncak Alam / Puncak Perdana untuk melaksanakan tugas perkeranian dan pengurusan perpustakaan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam di bawah Skim Khidmat Pelajar (SKP).

Jenis Perkhidmatan : Perkeranian
Tempoh : bermula Jan 2018 (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8:00 Pagi hingga 5:00 petang
Kadar Bayaran : RM 4.00 sejam

Keutamaan adalah kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan memperolehi HPNG tidak kurang dari 2.3 Pelajar yang telah tamat pengajian tetapi belum konvokesyen digalakkan memohon. Kekosongan perkhidmatan adalah terhad.

Borang permohonan boleh didapati di :-

Bahagian Pentadbiran Perpustakaan
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Kampus Puncak Alam
Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
(8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Tel: 03-32584280/4237 
Emel: immaz272@salam.uitm.edu.my

PTAR Puncak Alam akan menganjurkan Disability awareness walk sempena Program Special day @ PTAR 2017. Aktiviti dijalankan bagi mewujudkan kesedaran dan keprihatinan warga Kampus terhadap Golongan kelainan Upaya yang berada di kalangan komuniti Universiti. #WeloveWecare



Jom sertai kami..Penyertaan adalah Percuma. Sarapan pagi dan kupon aktiviti disediakan. Jam latihan akan direkod (Staf).

Sila berikan nama dan No.Pelajar/staf di Kaunter Khidmat Pelanggan PTAR bagi tujuan penyertaan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-32584237/4258





JOM SERTAI CABARAN “PTAR READING CHALLENGE- 10 BOOKS IN 30 DAYS”

Bermula bulan NOVEMBER – DISEMBER 2017, kami mencabar warga kampus untuk meminjam dan membaca 10 naskhah buku dari PTAR dalam tempoh 30 hari. 


Kategori bahan bacaan adalah seperti yang dipaparkan pada poster.  

Penyertaan terbuka kepada semua warga kampus Puncak Alam. Sila dapatkan borang penyertaan di Kaunter Khidmat Pelanggan. 

 Hadiah menarik menanti anda😅



Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Projek Memproses Koleksi Buku bidang Pengurusan Perniagaan yang telah dipindahkan dari PTAR PUU UiTM Shah Alam. ( 8600naskhah - Fasa 2 & 3 proses pemindahan koleksi)
  

Tahniah atas kehadiran & penyertaan Pelajar & Pensyarah ke "Sesi Literasi Maklumat" Anjuran Perpustakaan Tun Abd Razak, UCS, Kampus Puncak Alam sepanjang Bulan September 2017.

Semoga dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah disampaikan. 
Untuk makluman, tempahan bagi Bulan Oktober telah PENUH. Bagi mereka yang berminat, boleh membuat tempahan seperti berikut : 


2) Tempahan Sesi Kelas Literasi Maklumat boleh dilakukan secara online : http://ptarkpa.uitm.edu.my/presys/ 

Sekian, terima kasih. 

Like & Follow ↓↓ 


Disediakan oleh 
Puan Nurul Diana Jasni 
Pustakawan Kanan


Lawatan Akademik Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Abqary
Tarikh : 21 September 2017
Masa : 9.30 pagi

Jumlah pelawat : 3 orang guru pengiring dan 13 orang pelajar



Turut hadir bersama semasa sesi lawatan ialah Pn. Hamidah Binti Abdul Ninggal, Ketua Unit Kerjaya dan Kaunseling/ Timbalan Ketua Pegawai Psikologi UCS. 




Library Outreach Program di AuRiNs, UCS, Kampus Puncak Alam. 
Tarikh : 15/9/17. 
Masa : 10.30am -12.30pm 

Peserta - 27 orang ( Researchers & Postgraduates Student)

Disampaikan oleh Dr Khasiah Zakaria, Pn Nurul Diana En Fahmi.

Proses Audit Dalam Bil.2/2017
Tarikh : 12 September 2017

Auditor : 
  1. En. Ahmad Faizar Jaafar (K)
  2. En. Nik Lokman Nik Ismail
Auditee :
  1. Pn. Faridah Talib
  2. En. Abdul Ghani Ahmad
  3. Pn. Shahidatul Akhmam Rambeli
  4. En. Mohd Anuar Mohd Maasom
  5. Pn. Hafiza Mustape
  6. Pn. Nurul Diana Jasni



Taklimat Sempena Minggu Destini Siswa (MDS) di Dewan Berlian pada 6 Sept 2017 (11.30pagi-12.30tgh) ini telah disampaikan oleh Pn. Nurul Diana Jasni & Pn Norliza Othman, Pustakawan Kanan PTAR UCS kepada pelajar-pelajar baru UiTM Cawangan Selangor seramai 1,356 orang.

Pihak Perpustakaan akan sentiasa membantu anda melalui pengaksesan maklumat yang komprehensif, relevan dan terkini serta kemudahan yang berkualiti bagi tujuan memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Selamat menimba Ilmu baru & kami mendoakan kejayaan buat kalian semua. 😄





How to join:

1. Click on the online Quiz link –
http://www.emeraldgrouppublishing.com/promo/quiz/uitm.htm

2. Search the Emerald database to find all the answers-
www.emeraldinsight.com

3. Answer all 10 questions correctly and submit your entry

4. All participants with correct answers will automatically be entered into a lucky draw for 1st, 2nd and 3rd prize

5. The lucky winners will be notified via email or mobile number.

Quiz open to all UiTM students and staff

For more information, please contact:

Azura Mohamad Hashim
Senior Librarian
Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM

Tel : 03-55443727
Sesi Perkongsian Ilmu - Siri 1 @ PTAR UCS, Kampus Puncak Alam
Tarikh : 25 Ogos 2017
Masa : 9.30pagi hingga 11.30pagi

Penceramah : Pn Nurul Diana Jasni ( Pustakawan Kanan)

Topik: Sumber Maklumat Perpustakaan & Lawatan Penandaaran Medical Library Group ( MLG) di Penang



International Conference on Libraries 2017 (ICOL 2017) 
Oleh: Nurul Diana Jasni 
Pustakawan Kanan PTAR, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam 
Simbolik Majlis Perasmian oleh Naib Canselor USM
P. PINANG, 3 Ogos 2017 – Bertempat di Hotel Vistana, P.Pinang, pada 2-3 Ogos 2017, Perpustakaan USM telah berjaya menganjurkan International Conference on Libraries 2017 (ICOL 2017) buat kali ke-6 bertemakan ‘Towards Lean Libraries’. 

Seramai 120 orang peserta telah menyertai persidangan ini dimana sebanyak 18 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang dua hari persidangan ini berlangsung. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM iaitu Professor Datuk Dr. Asma Ismail. Turut menyertai persidangan ini ialah En. Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan UiTM. 

Mewakili Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor sebanyak 2 buah kertas kerja berkaitan bidang kepustakawanan telah dibentangkan iaitu :

1. Puan Nurul Diana Jasni, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Selangor –
‘Comparative Analysis of Reference Desk Services: The Current Trends in a Digital Age’
2. Dr. Khasiah Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Selangor –
‘Dancing to the tune of Fourth Paradigm’
Sesi bergambar selepas selesai Majlis Perasmian

Sebanyak 16 booth yang disertai oleh pelbagai pihak penerbit & pembekal (ejurnal, pangkalan data, ebook & dan lain2) 
Sesi bergambar bersama rakan-rakan dari USM, UPM, UNIMAP & Singapura
Pn. Nurul Diana Jasni & Dr Khasiah Zakaria sepanjang seminar berlangsung
Sesi soal-jawab diajukan oleh Dr Khasiah Zakaria kepada pembentang kertas kerja
Pn. Nurul Diana Jasni & Ketua Pustakawan En Noor Hidayat Adnan
Sesi Forum: Lean Libraries oleh 3 orang Panel: Dr Khasiah Zakaria (UiTM UCS),
En. Ghazali Mohamed Fadzil & Assoc Prof Shankar Chelliah (USM)
 Maklumat lanjut & gambar-gambar sepanjang persidangan ini :
1. Facebook : ICOL 2017